Monday, November 22, 2010

naim aizat

Nama aku Naim Aizat.Tahun ni tahun paling bermakna dlm hidup aku. Seseorang tlah berjaya merubah hidup aku..Mia.Yup..Mia Amalina. Orang yg telah buat jantung aku berdegup kencang. Kadang2 dia buat jantng aku mcm roller coaster…Cuma,makin lama aku kenal dia…aku tak de la muntah2 mcm naik roller coaster byk kali.Sbb aku tak pernah jemu, muak atau bosan mencintai Mia Amalina. Bila aku tgk mia, aku rasa aku tak dkt bumi..hehehe Betol la org ckp..Love conquers everything. Love does also make people insane I guess…tp mia…
5 Disember 2003
Aku tak percaya langsung apa doctor tu ckp..Sape dia utk tentukan hidup aku? Aku yakin, pasti yang dia salah. Aku sakit?? Tak mungkin…Aku sihat.Naim Aizat sihat la wahai Doctor Amri. Tak mungkin aku sakit…salah la doctor..ntah2 tu result makcik gemuk yang bru keluar dari bilik ni….tak psal2 aku plak yang sakit..ke doctor ni yg sakit?? Hahahaha naim aizat da mula fikir bukan2…
7 Januari 2004
Aku masuk kolej balik..walaupun aku tak larat.Kepala aku sakit. Sakit sgt..tp..bg aku ni sakit biasa je ni. tak de kaitan pun dgn apa yg doctor tu ckp. Aku kan tak percaya ape doctor tu ckp.. Aku skip kelas CTU td.. Serious tak larat. Room mate aku Hekal, mcm da syak something. Aku tak de la ckp kt dia psal aku sakit..mungkin dia pelik kenapa aku pakai spec sekarang. Aku cakap aku da tua, rabun. Dia cakap aku mcm nerd. Tak kisah la Hekal…janji aku tak SKEMA mcm kau..hahaha Hekal Skema!!
5 November 2004
Tmpt rutin aku, Library..aku suka dtg sini. Sbb library kan senyap. Tak de la bising mcm kat bilik aku tu. Bukan ape, aku tak boleh tmpt bising2 ni. Nnt sakit kepala aku dating balik..tp..arini mcm de sesuatu yg pelik. Dari aku buka pintu lg, ape ek? Ehm..tak kan akak library ni kot. Dia da tau da jadual aku. Siap tanye lg kalau aku tak dtg..hehehe dia suka aku ke?? Hahahaha sudah la naim! KAU MENGARUT! Time aku tgh study..tibe2, de sorang bdak pompuan dok kt meja dpn aku..OMG! dia tu Mia…Mia Amalina….budak yg aku minat. Aku kt café ke ni?? Sbb selalu aku nmpk dia kt café je. Aku yg buang tebiat ke dia yang slh msuk tmpt?  I’m speechless..
6 November 2004
“Parah kau ni Jat..bru nmpk si mia tu kt library da angau…tak sihat la kau ni aku rase” Hekal da start membebel kat aku…hahhaha bebel la Hekal.nnt ko rindu plak nk membebel kat aku.. “aku ade no dia taw Jat”…eh! Dulu aku bukan main tanya kat ko Hekal….ko ckp x de.Bertuah punye kwn! “aku baru ade la..kau pun taw la kan, aku mane la minat nak simpan no sape2 ntah dlm hp aku…ni pun sbb aku satu group dgn dia..nak ke x nk??” ehm…bleh jugak! Pucuk dicita ulam mendatang la kwn….mlm ni tak tido la aku…hehehe mia2…

7 November 2004
Aku da dpt no Mia!!!! Hehehe Hekal bg..tu pun lepas aku aku blanje dia mcD. Badan je kering, mkn kalah Bob Kuman. Melayang rm50 aku dekat dia sorang je..tp x pe. Demi Mia…aku sanggup..and..aku try hantar msg td..dia reply!! Naim Aizat da melayang dlm dunia imaginasi Naim Aizat dan Mia Amalina…aku nak reka kad kawin aku dgn Mia skrg jugak!!
9 Julai 2005
“ Keadaan awk semakin teruk Naim..Saya cadangkn awk buat operation awal dari tarikh yg kita da rancang” rancak je doctor tu susun ayat nak bg taw kat aku yang aku da semakin teruk. Aku terbayang Mia..Tarikh operation tu same dgn last day kitorg kt kolej..tak boleh la aku nak jumpa dia. Tak sempat la aku nak belanje dia cendol Mak Temah utk terakhir kali..tak pe la mia.kau makan la sendiri dgn anak Mak Temah yang suku tu..kau pun geng dgn dia kn? Hehehehe mia2…arini kau call aku semata2 nak cakap yang kau da jumpa pin baju kau.Kau comel mia..Sumpah! aku tak tipu…untung sape yang jadi suami kau mia..aku….aku tak layak utk kau mia…aku tak nak kau taw yang aku sakit mia…aku sakit
11 November 2005
Aku operation harini…aku da bgtau semua dkt Hekal..pasal sakit aku,mia dan plan aku utk mia..Dia terkejut time aku ckp aku ade Brain Cancer..aku da agak reaksi dia.dia peluk aku…dia ckp “kau kwn aku yang paling aku syg Jat,kenapa kau buat sume ni kat aku Jat? Kenapa kau tak cakap kau sakit? Kenapa kau nak tinggalkan aku Jat? Kenapa Jat?? Aku syg kau jat..aku tak sanggup kehilangan kau jat” Ego Hekal hilang dlm sekelip mata..seminggu dia teman aku kt umah.dia jage aku..Ya Allah…aku tak sangka hekal buat semua ni utk aku..kau kwn aku dunia akhirat hekal.aku tak taw nak cakap ape kt kau..dia janji akan jage mia utk aku.thanks bRo! Mia..aku tak bgtaw mia..aku tak dapat bygkan ape pulak mia akan cakap klu aku terus terang kat dia. Aku tak sanggup tgk mia sedih..aku x nk air mata mia mengalir sbb aku.  Aku de tulis surat utk mia. Aku mntk Hekal bg kt mia…Aku de mntk tlg kat kak Ita..akak sedare aku.aku mntk kak Ita decorate bilik Mia cantik2 dgn bunga ros merah yg dia suka gler tu..aku da pergi umah mia sebelum aku msuk wad aritu.mak dia bg aku wat plan tu..terima kasih makcik.terima kasih sgt2…aku da buat dana pendidikan utk mia. Aku nak tgk dia berjaya. Duit dana aku semua aku da pindahkn ke akaun mia…Aku da tampal semua gmbr dia yg aku curi2 ambik dkt tangga rumah dia..dari anak tangga sampai la kat bilik dia yang kat belakang tu…itu aku buat semalam.aku curi2 kuar dari wad…aku tak peduli ape doctor tu ckp..aku cuma nak mia bahagia…walaupun aku tak dapat nak tgk dia bahagia selama – lamanya..owh hah! Aku mntk tlg kat abg aku,Aiman..keje aiman senang…tp mkn mase..hehehehe sorry bang..aku ade 365 pucuk surat utk mia.abg aku akan tolong letakkn kt peti surat umah mia tiap2 ari selame setahun mulai esok..aku tak nak mia sorang2…aku nak mia tahu yang aku sentiase dgn dia...aku da buat voice mail suare aku.hehehe utk buat hilang rindu mia nnt…aku tak sure la ape yang aku buat ni betul ke tak…tapi aku buat semua ni utk mia..aku de buat lagu utk mia…aku da letak copy lagu tu kat bilik mia.tp mia..suare aku x sedap mcm Noh Hujan kau tu.sorry ye mia syg..aku da tempah hadiah hari jadi kau taw mia..aku tempah utk 6 tahun..aku tak sure kedai tu tahan lame.tp aku da mntk abg aku pastikan kedai tu hidup lg tiap2 thun..dan tahun2 lpas tu, abg aku akan uruskan hadiah tu..Mia….kalau boleh aku tak nak kehilangan kau.sbb aku tak tahu ape aku tanpa kau..tp aku yakin kau boleh sesuaikan diri kalau aku tak de nnt..Mia…aku takut nak tido.sbb aku tkt aku terus lelap dan tak dpt jumpa kau lg..Mia…aku takut bila dgr kau ckp yg kau syg aku..sbb aku tak mampu utk buat syg tu terus mekar sampai bila2…Mia Amalina…aku syg kau sampai akhir hayat aku. Terima kasih sbb kau da buat hidup aku bermakna..Mia…aku pnat.aku nak tido…jaga diri ye mia…aku syg kau…mia..aku minta maaf sbb tak boleh buat kau bahagia.aku tak mampu utk buat kau tersenyum mia…aku tak mampu nak cipta kenangan manis dgn kau,mcm yang kau nak..maafkan aku mia…mia...sy, Naim Aizat….benci,suka,rindu,syg,cinta dkt awk, Mia Amalina. Awk buat sy benci kt awk sbb awk da curi hati sy, suka dkt awk, rindu bila x dgr celoteh awk, syg nak lepaskan awk, dan awk buat sy cinta dkt awk selama – lamanya”

12 November 2005
1500 missed call from Mia Amalina
200 messages received from Mia Amalina
                    

No comments:

Post a Comment

bercerita disini